Hijau Herbs Marketing
Hotline/ Whatsap: 017-9739770

Click here to edit subtitle

K.K.M.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA





Produk Ubat yang dijual lulus KKM.



Produk kategori Makanan tidak wajib berdaftar dengan KKM.

Produk Ubat yang diiklankan wajib lulus Lembaga Iklan Ubat.


Adakah kelulusan LIU masih diperlukan sekiranya produk farmaseutikal tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Ya, kelulusan LIU masih diperlukan kerana pendaftaran produk dan pengiklanannya adalah dua perkara berbeza. Pendaftaran sesuatu produk bergantung kepada keselamatan dan efikasi produk tersebut manakala LIU mengawal dari segi aspek pengiklanan produk. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan masyarakat disamping memastikan iklan itu mematuhi keperluan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 dan peraturan-peraturannya.

Bagaimanakah mengenal pasti produk/ubat dan kosmetik yang berdaftar?

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam.

Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen.  Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf.

Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3)  dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.


Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat itu adalah ubat yang berdaftar dengan KKM?

Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai  kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM. 

Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:

A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

Anda juga boleh menyemak kesahihan status nombor pendaftaran atau maklumat berkaitan produk tersebut di  laman http://www.pharmacy.gov.my.


Bagaimana untuk memastikan sesuatu iklan itu telah diluluskan oleh LIU?

Semua iklan yang telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) akan diberikan nombor kelulusan (cth: KKLIU 0213/2013). Nombor kelulusan iklan tersebut wajib dipamerkan di setiap iklan yang disiarkan. Sekiranya pengguna mengesyaki terdapat iklan produk farmaseutikal atau iklan perkhidmatan kesihatan yang tidak mendapat kelulusan LIU atau tidak mempamerkan nombor kelulusan LIU, aduan boleh dibuat kepada Urusetia LIU.


Adakah produk makanan perlu didaftarkan di KKM?  

Produk makanan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walau bagaimanapun produk makanan perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kategori Ubat atau Makanan?

Penafian: Hasil akhir produk mungkin berbeza untuk setiap individu.
             Promosi Terhebat
1. Kos Penghantaran PERCUMA.
2. Pakej 2+14+2 & 6+4 untuk semua produk.
3. Pengeposan semula produk yang hilang.
Jaminan Keselamatan Produk Yang Dijual:
Semua produk ubat & kosmetik berdaftar dengan KKM.
Iklan ubat diluluskan Lembaga Iklan Ubat.
Semua produk dikeluarkan oleh kilang bertaraf GMP.
Produk makanan lulus skim keselamatan makanan MESTI.
                Like Facebook Kami:

Produk Kategori Makanan Ada Logo MeSTI

Ciri-Ciri Ubat Berdaftar

Kenapa Guna Produk Berdaftar

Semak Pendaftaran Ubat Online

Bahaya Iklan

Laporkan Kesan Sampingan Ubat