Pembelian
1. Dimana saya boleh dapatkan produk-produk dari laman web ini?
Produk hanya boleh didapati melalui kami sahaja. Tiada COD. Belian paling popular adalah secara bank in (internet transfer / mesin deposit / kaunter bank), kemudian produk akan dipos ke lokasi anda.
2. Bagaimanakah cara-cara membeli produk?
Berikut adalah langkah mudah pembelian online. Klik disini untuk maklumat lengkap:
1. Tentukan Jenis, Bilangan & Harga Produk
2. Lakukan Pembayaran (Transaksi) ke Akaun yang diberi.
3. Hantar Maklumat Diri & Transaksi Anda melalui Whatsap / Sms / MMS / Emel / Borang Belian di bawah.
3. Apakah maksud Pakej 2+1?
Pakej 2+1 bermaksud 3 unit produk yang sama. Beli 2 unit akan dapat percuma 1 unit. Unit terdiri dari kotak/botol/set/tiub/bekas dll.
4. Saya takut terbeli produk yang kehabisan stok.
Produk yang telah habis stok akan diberitahu pada maklumat produk. Jika terbeli produk yang habis stok, wang akan dikembalikan.
5. Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
6. Waktu pembelian?
Bila-bila masa, 24 jam sehari, 365 hari setahun.
7. Adakah bukti transaksi diperlukan?
Ya, bukti bayaran seperti resit / no. rujukan / masa diperlukan. Oleh itu, sila simpan bukti transaksi untuk rujukan.
8. Bagaimana nak pastikan pembelian berjaya, diproses & telah dihantar?
1. Pembelian telah berjaya & sedang diproses.
Setelah anda membuat pembayaran & whatsap sms/mesej maklumat diri & pembelian, anda akan menerima SMS/Mesej/Whatsap balasanan seperti berikut:
“OK TQ, produk akan diposlaju sebentar lagi / petang esok........."
2. Produk telah dipos.
Anda akan menerima Whatsap/SMS/Mesej no. jejak (tracking no.)
9. Jika harga produk RM85.00, saya gunakan cash deposit machine, sudah tentu saya akan bayar RM90.00 kan. Macamana dgn balance RM5 tu?
Baki RM5 tu kami akan kembalikan bersama produk apabila ia diposlaju - minta saudara/ri tulis nota sedikit pada borang pesanan atau WhatapSMS/Mesej sebagai peringatan.
Atau berikan maklumat no. akaun salah satu bank saudara/ri. Duit anda akan ditransfer balik. Baki yang kurang dari RM2 akan dikembalikan dengan cara pengeposan.
10. Adakah produk yang telah dibeli & bayaran yang telah dibuat boleh dipulangkan?
Produk yang telah dibeli & bayaran tidak boleh dikembalikan.
Penghantaran
1. Kos Penghantaran FREE Ke?
Kos penghantaran bagi semua produk adalah PERCUMA.
2. Jika saya order hari ni, bila saya akan terima barang?
Jika anda bayar hari ini sebelum jam 12:00 tengahari, produk akan diposlaju pada hari yang sama. Jika bayaran selepas jam 12:00 tengahari, produk kemungkinan besar akan diposlaju keesokan hari.
Produk tidak akan diposlaju pada hari Minggu (Jumaat), Sabtu minggu pertama setiap bulan & cuti umum.
Mengikut polisi Poslaju, produk akan diterima dalam tempoh 1-2 hari bekerja untuk kawasan di Semenanjung & 2-3 hari bekerja untuk kawasan pedalaman, Sabah, Sarawak & Labuan. Luar negara seperti Singapura, Brunei & Indonesia biasanya 3-10 hari bekerja.
3. Apakah jaminan order saya akan dihantar? Maklumlah saya membeli dari website dan kurang yakin order saya nanti akan di poskan.
Kami adalah syarikat yang telah lama terlibat dalam perniagaan herba dan berdaftar dengan KKM, SSM, Poslaju & Citylink.
Nombor Jejak akan diberi kepada anda untuk mengesan lokasi produk setelah ianya dipos.
4. Macamana nak semak no. trace/jejak POS LAJU yang diberi?
Semakan Pos Laju klik link ini.
Semakan Citylink klik link ini.
- Saudara hanya perlu isikan sahaja no trace yang kami berikan diruangan yang disediakan. Dan ianya akan menyemak lokasi order.
Saudara boleh juga trace lokasi terkini penghantaran produk melalui telefon:-
- TOL FREE (POS MALAYSIA) - 1 300 300 300
- TOL FREE (CITYLINK EXPRESS) - 1300-88-2489
5. Kenapa no. trace/jejak yang diberi tidak dapat dikesan atau tiada dalam sistem?
Kami gunakan sistem KONTRAK dimana syarikat courier akan datang pickup produk. Untuk sesetengah kes, nombor jejak tidak dapat disemak pada hari yang sama.
Jika masih tidak dapat disemak dalam tempoh 12 jam, sila hubungi Poslaju Centre atau Citylink Express.
6. Bagaimana jika produk rosak / hilang semasa penghantaran?
Sila hantar produk yang rosak kepada kami semula. Produk gantian yang sama bersama duit RM10 akan diposlaju sebagai bayaran kos penghantaran semula (untuk 1 kali sahaja).
Produk yang rosak bermaksud produk yang pecah hingga terkeluar kandungan isi dalamya. Produk yang terkoyak/kemek kotak tidak ditakrif sebagai produk yang rosak.
Jika terbukti produk hilang semasa pengeposan atau tidak sampai, pihak kami akan pos semula gantian produk yang sama tanpa sebarang bayaran (1 kali sahaja).
Bungkusan parcel adalah kemas, selamat & rapi. Amat sukar bagi produk untuk rosak.
7. Kenapa alamat dengan Peti Surat / P.O Box tidak digalakkan?
Ia melambatkan proses penerimaan barang. Peti surat biasanya tidak muat untuk masukkan produk. Posmen akan meninggalkan sekeping kad notis (kad merah @ oren) dalam peti surat dimana dimaklumkan ada 'barang' yang perlu diambil di kaunter pejabat pos terdekat.
Setiap produk yang diterima pelanggan memerlukan tandatangan & penerimaan by hand. Lebih mudah jika posmen temui anda secara terus berbanding tinggalkan notis dalam peti surat.
8. Bolehkah produk dihantar dengan khidmat kurier lain? Saya sanggup tanggung kos.
Tidak boleh sebab kami dah ikat kontrak. Setakat ini pihak kami hanya menggunakan khidmat Pos Laju & Citylink sahaja.
9. Bagaimana pula jika tiada siapa dirumah saya semasa penghantaran dilakukan?
Lebih mudah jika anda guna alamat pejabat kerana posmen akan hantar pada waktu bekerja 8.00am-6.00pm. Bagaimanapun, jika anda tiada dirumah atau tiada sesiapa yang ambil bagi pihak anda, posmen akan meninggalkan sekeping kad notis (kad merah @ oren) dimana dimaklumkan ada 'barang' yang perlu diambil di kaunter pejabat courier terdekat.
Produk & Lain-lain
1. Adakah produk di laman web ini selamat & berkesan?
Semua produk Ubat & Kosmetik berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk kategori makanan pula lulus MeSTI.
Produk dibuat oleh pengeluar yang terbaik dalam kelasnya.
2. Adakah produk yang telah dibeli boleh dipulangkan?
Produk yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan.
3. Bolehkah saya jadi pengedar?
Kami tak lantik pengedar, ejen atau stokis. Anda boleh beli produk-produk ini pada harga pakej dan menjualnya per unit.
4. Adakah laman web lain milik Hijau Herbs Marketing?
Tiada. Ini adalah satu-satunya website rasmi.
5. Ada testimoni produk?